Kelas & Pertandingan Membuat Poster Merdeka Menggunakan Canva

26 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

25 Ogos 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan Kolaborasi Program Hari Kemerdekaan bersama Perpustakaan Desa Pengkalan Durian, Linggi pada pukul 2.30 petang. Antara Aktiviti yang dijalankan adalah Kelas & Pertandingan Membuat Poster Merdeka Menggunakan Aplikasi Canva di tablet.

Seramai 12 orang peserta dari Sekolah Kebangsaan Linggi yang berumur di antara 10 hingga 12 tahun. Petugas PEDi Linggi telah membimbing peserta cara yang lebih mudah, ringkas dan cantik untuk peserta membuat poster merdeka dengan menggunakan aplikasi Canva.

Dari situ, peserta dapat mahirkan diri dengan menggunakan aplikasi Canva. Bukan sahaja hanya membuat poster, bahkan dapat membuat potfolio bagi kerja sekolah mereka.

Hadiah disediakan untuk pemenang pertama hingga ketiga serta saguhati kepada peserta yang terlibat. Kelas yang berlansung selama 2 jam ini telah tamat pada pukul 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali